pilihanPolitik

Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal calon PN di PRK Sungai Bakap

PERIKATAN Nasional (PN) memilih Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal, Abidin Ismail, 56, sebagai calon mewakili gabungan itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap bulan depan.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada majlis pengumuman calon PN di Simpang Ampat malam tadi.
“Kita yakin Abidin mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai calon. Kita harap pengundi di Sungai Bakap akan terus mengekalkan calon PN pada PRK akan datang,” katanya.
Antara yang hadir pada majlis pengumuman itu ialah Naib Presiden Bersatu, Datuk Radzi Jidin; Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad dan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Fauzi Yusof.
Menurut Tuan Ibrahim,Abidin, bapa kepada  dua anak adalah anak jati Sungai Bakap yang bertugas dalam bidang logistik dan juga pembantu kepada penyandang kerusi berkenaan, Allahyarham Nor Zamri Latiff.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai ini sebagai hari mengundi bagi PRK Sungai Bakap dan 22 Jun hari penamaan calon, manakala pengundian awal pada 2 Julai.
PRK Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandang, Nor Zamri pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.
Pada PRN lepas, Nor Zamri yang merupakan Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menewaskan calon PH Nurhidayah Che Ros dengan majoriti 1,563 undi. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button