Nasional

Nahas pesawat terhempas di Elmina: Tiada panggilan kecemasan dibuat

PUSAT Menara Kawalan, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) dilaporkan tidak menerima sebarang makluman pesawat persendirian ringan jenis Beechcraft 390 (Premier 1) menghadapi masalah sebelum terhempas di kawasan perumahan Elmina, Seksyen U16, Shah Alam, Selangor, hari ini.

Dalam erti kata lain, tiada sebarang panggilan kecemasan dibuat sebelum nahas itu berlaku.

Pesawat berkenaan sudah diberi kebenaran untuk mendarat pada jam 2.40 petang.

@suaramerdekamy

Sampai bergegar CCTV apabila pesawat Jetvalet meletup di Elmina!

♬ original sound – Suara Merdeka – Suara Merdeka

Bagaimanapun komunikasi antara pesawat dan menara kawalan dilaporkan terputus sebelum dikesan terhempas di Elmina, berhampiran susur keluar ke Lebuhraya Guthrie.

Pesawat disahkan terhempas dua minit sebelum mendarat sekitar jam 2.38 petang.

Ini disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Pesawat itu terhempas di atas sebuah kereta dan motosikal dan masing-masing, pemandu kereta dan penunggang motosikal turut terkorban di tempat kejadian.

Siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak berkaitan mengenai tragedi nahas udara itu. – SM

BACA Datuk Seri Johari Harun antara yang maut pesawat terhempas di Elmina?

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button