Nasional

MYAirline gantung operasi serta merta, tindakan tidak bertanggungjawab-Anthony Loke

MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menyelar keputusan MYAirline menggantung operasinya serta merta berkuat kuasa semalam dan menyusahkan 5,000 penumpang yang telah membeli tiket penerbangan masing-masing.

Loke turut menyifatkan penggantungan MYAirline secara tiba-tiba itu sebagai satu tindakan yang “tidak bertanggungjawab”.

Beliau berkata, kementeriannya dan Mavcom terkejut dengan keputusan syarikat itu kerana mereka tidak menerima sebarang notis awal.

“Ini kali pertama sebuah syarikat penerbangan tempatan menggantung operasinya secara terburu-buru.

“Saya bimbang perkara ini menjejaskan imej negara terutamanya di mata pelancong asing,” katanya.

Situasi itu mungkin boleh dielakkan selagi badan kawal selia menangani situasi ini secara telus dan mengambil langkah untuk mencegah isu yang sama berulang pada masa akan datang.

Kesannya pada keyakinan keseluruhan sektor penerbangan Malaysia, boleh dikurangkan.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook – GAMBAR FACEBOOK

Kerajaan mesti bertanggungjawab sepenuhnya memandangkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) merupakan agensi kerajaan (yang bertindak sebagai) pengawal selia.

Semalam, syarikat penerbangan tambang murah itu menggantung operasinya serta-merta kerana menghadapi tekanan kewangan yang ketara.

MYAirline dilaporkan berkata, pihaknya telah meneroka semua jalan perkongsian berpotensi dan penjanaan modal untuk menyelamatkan perniagaannya namun gagal dan kesuntukan masa.

Mavcom berkata, MYAirline perlu membayar balik semua pelanggan yang terjejas dan berhenti menerima tempahan sehingga diberitahu kelak. – SM

BACA MYAirline gantung operasinya berkuat kuasa hari ini

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button