Acara

Muslim Travel Fair tawarkan pakej umrah murah

BUAT pertama kali persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH) bakal adakan satu acara PAPUH Muslim Travel Fair 2024  yang menghimpunkan kesemua travel bertempat di Hotel Grand Barakah Ampang pada 26 hingga 28 July.

PAPUH sebelum ini telah menerima banyak rungutan daripada ahli memandangkan ramai Jemaah yang tertipu dengan pakej-pakej murah yang banyak diiklankan di laman media sosial. Mereka tertipu disebabkan terpengaruh dengan pakej yang ditawarkan dengan harga murah dan akhirnya tidak dapat terbang.

Setelah diselidik baru mereka tersedar yang mereka membeli pakej daripada agensi yang tidak berlesen.

Atas permintaan ahli PAPUH sendiri, PAPUH bersetuju untuk menganjurkan PAPUH
Muslim Travel Fair yang hanya membenarkan agensi-agensi yang mempunyai lesen penuh (seperti Inbound, Outbound, Ticketing dan Umrah) untuk mengambil bahagian.

Sebanyak 50 syarikat akan mengambil bahagian dalam acara pada kali ini, dan ini adalah yang pertama dianjurkan oleh PAPUH selepas COVID-19.

PAPUH telah bekerjasama dengan Syarikat penerbangan SAUDIA yang akan memberikan potongan harga istimewa kepada semua ahli kami yang menyertai acarapada kali ini. Kami difahamkan potongan harga ini sangat Istimewa kerana ianya hanya diberikan untuk tempahan pada 3 hari tersebut Sahaja dan ini adalah pertama kali Saudia melakukannya.

Setiausaha Agung Kehormat, Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia, Faridah Hamid (tengah duduk) bersama sebahagian ahli-ahli
PAPUH yang akan menyertai PAPUH Muslim Travel Fair 2024 pada 26 – 28 Julai ini di Grand Barakah Hotel, Ampang.

Selain itu, Maybank dan Bank Rakyat juga akan turut menyertai acara PAPUH Muslim Travel Fair ini dengan menawarkan pelbagai pakej pembiayaan untuk mengerjakan umrah dan pelancongan muslim. Pakej pembiayaan Pergi Dahulu Bayar Kemudian juga akan turut diperkenalkan semasa acara ini berlangsung.

Jadi, kami ingin mengajak semua rakyat Malaysia yang ingin melancong untuk datang ke PAPUH Muslim Travel Fair 2024 ini untuk mendapatkan pakej-pakej umrah, pelancongan mesa muslim ke serata dunia, pas-pas masuk ke taman tema, tiket penerbangan serta tidak ketinggalah pakej-pakej percutian dalam negara dengan harga yang sangat menakjubkan.

PAPUH juga akan menyediakan hadiah cabutan bertuah kepada pelanggan yang membuat tempahan semasa acara ini diadakan dengan hadiah utama adalah pakej mengerjakan umrah PERCUMA.

Kepada mereka yang mempunyai perancangan untuk mengerjakan umrah atau bercuti pada hujung tahun ini, kami sangat mengalu-alukan kehadiran anda untuk mendapatkan pelbagai pakej percutian muslim dengan harga Istimewa yang ditawarkan oleh agensi-agensi pelancongan berlesen.

Artikle Berkaitan :>

Juara Travel janjikan perkhidmatan terbaik buat bakal haji dan umrah

In Saff Travel tawar pakej umrah paling murah

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button