Hiburan

Mus May gegarkan Gegar Vaganza

MUS May, penyanyi rock legenda malam ini menggegarkan program Gegar Vaganza di Astro dengan dendangan lagu Cinta Kristal.

Lagu dendangan asal Rahim Maarof dibawa dengan gaya tersendiri Mus hingga timbul kekaguman hadirin.

Itulah Mus dia tidak kelihatan bersahaja menyanyi tetapi suaranya yang tinggi memang sukar ditandingi.

Mus yang popular bersama band rock May pada tahun 80-an dilihat calon terbaik untuk merangkul gelaran juara Gegar Vaganza kali ini.

Program realiti popular Gegar Vaganza (GV) kembali dengan musim ketujuh dan antara bintang yang bakal berentap kali ini ialah Mus May, Noraniza Idris, Yantzen dan Ayu Damit.

Selain Mus, Noraniza, Yantzen dan Ayu, 10 lagi bintang yang menghangatkan pentas GV7 ialah  Rozita Izlyn, Haslienda, Linda Nanuwil, Asyira, Cliff Umar (vokalis Projek Pistol), Oja, Aju (vokalis kumpulan Success) dan Nomad.

Sementara dua lagi bintang yang melengkapkan 14 bintang GV7 terdiri daripada dua buah kumpulan popular era 90an, iaitu Indigo dan Eva.

GV7 juga masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh barisan juri profesional. Peserta yang mendapat markah terendah pada setiap minggu akan disingkirkan.

GV7 kali ini menampilkan seorang sahaja penyertaan negara jiran, iaitu Yantzen, penyanyi kelahiran Singapura.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.
Back to top button