BeritaRencah Hidup

Kenapa hanya Ebit Lew?

HAIRAN bercampur aneh. Dalam ramai-ramai menteri agama, menteri perpaduan, menteri kebajikan, menteri wanita, menteri pembangunan dan banyak lagi menteri mengapa Ebit Lew sahaja yang sering jumpa orang susah di negara ini.
Ebit Lew yang pernah menimbulkan kemarahan kerajaan Kedah di bawah pemerintahan Kerajaan Pakatan  Harapan kerana mengetengahkan kisah orang miskin di negeri berkenaan.
Di mana sahaja Ebit Lew tampil membantu orang susah dan miskin dan yang terbaharu beliau berkongsi kisah seorang wanita yang sudah lima bulan tidur di jalananan.
Pendakwah bebas itu menceritakan wanita itu yang dipanggil akak itu tinggal di jalanan Kuala Lumpur sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan lagi sehingga kini.
Ebit Lew meluahkan rasa sayu melihatkan keadaan kakak berkenaan yang hidup sebatang kara dan sudah lama ingin bertemu beliau.
Dia ke mana-mana seorang diri kerana tertekan hidup keseorangan dan gagal mendapatkan pekerjaan.
Begitulah kehidupan ada orang diduga dengan kemiskinan, ada yang diujui dengan kekayaan, ada yang hidup seorang diri dan ada yang diuji kerana keluarga terlalu ramai, kata Ebit Lew.
Ebit Lew berkata dia tidak dapat bayangkan bagaimana kakak berkenaan hidup, kerana semasa susah dahulu tidaklah sampai beliau merempat di jalanan.
Menurut Ebit Lew beliau tidur di masjid.
Justeru beliau berusaha mencari bilik untuk disewa bagi kakak berkenaan.
Menurut Ebit Lew ramai yang tidur di jalanan. Ada yang tidur dengan anak kecil dan ada juga emak dan ayah yang bermasalah.
Anak-anak terbiar dan sebagainya adalah tanggungjawab kita untuk memberi nasihat dan bantuan.
“Paling kurang doakan yang baik-baik. Mana tahu doa itu makbul,” kata Ebit Lew.
(Visited 241 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button