Mujahid sila jawab jangan main lepas tangan
SEMASA di Sabah Mujahid begitu bangga bila dipanggil sebagai menteri haji.
Bagaimanapun apabila disoal tentang penjualan ladang milik THP iaitu anak syarikat Tabung Haji, Mujahid cepat saja lepas tangan.
Jawapan tidak cerdik bahawa kerajaan tidak terlibat dalam membuat keputusan menampak sikap tidak profesional sebagai menteri.
Mujahid jangan lari sila duduk dan jawab, rakyat sudah bosan, kalau tak mampu sila letak jawatan.
Ini bukan masa untuk berbulan madu lagi selepas menang pada pilihan raya.
Jawab juga persoalan terbaharu dikemukakan oleh Najib hari ini.
Menteri Haji tanya hari ini kenapa TH Plantations Bhd (THP) di bawah kerajaan BN dulu perlu beli tanah itu dengan harga mahal sehingga ianya terpaksa dijual murah oleh kerajaan PH sekarang.
Saya amat respek dengan alasan Menteri PH ini bahawa mereka terpaksa jual murah kerana kita beli mahal.
Biar saya tunjukkan bukti.
THP telah luluskan untuk menjual 14 anak syarikat yang mewakili 76.2% jumlah keluasan tanah ladang mereka.
Sehingga kini, 3 dari 14 syarikat itu sudah selesai dijual di dalam dua penjualan yang telah diumumkan.
Penjualan yang lain cuma tunggu masa untuk diumumkan.
Penjualan pertama melibatkan 2 dari 14 syarikat itu dan telah selesai dijual pada 5 Disember 2019
https://disclosure.bursamalaysia.com/FileAccess/apbursaweb/download?id=99225&name=EA_GA_ATTACHMENTS
Penjualan pertama melibatkan keluasan tanah 6,514 hektar di Sarawak.
Tanah yang bukan tanah paya tersebut dibeli 100% oleh THP pada tahun 2013 dengan harga RM264 juta dari syarikat bukan Bumiputera.
Iaitu dengan harga RM40,500 setiap hektar atau 37.6 sen setiap kaki persegi.
Tanah itu terletak 2 1/2 jam mengikut jalan dari bandar Bintulu dan Lebuhraya Pan Borneo yang kini dibina akan melalui dekat dengan tanah tersebut.
Adakah harga tanah itu dibeli dengan tanah mahal?
Selepas dibeli, THP mengusahakan tanah tersebut.
Akibatnya, pengeluaran sawit dari tanah itu meningkat setiap tahun.
Pengeluaran Buah Tandan Segar pun naik setiap tahun:
2016 (BN) – 24,841 tan
2017 (BN) – 45,105 tan
2018 (PH) – 52,040 tan
Pendapatan serta KEUNTUNGAN syarikat juga meningkat setiap tahun (sehingga tahun 2018 apabila ianya rugi besar akibat dinilaikan semula oleh jurunilai baru dilantik PH.
Tanah tersebut berpotensi menghasilkan 160,360 tan Buah Tandan Segar setahun.
Ini bersamaan dengan pendapatan RM80.2 juta setahun jika harga Buah Tandan Segar ialah RM500 satu tan.
Oleh kerana pengeluaran dan keuntungan semakin meningkat, nilai syarikat-syarikat itu meningkat menjadi RM366.5 juta pada tahun 2017 seperti dinyatakan dalam laporan tahunan THP 2017.
Jurunilai THP selama ini ialah syarikat terkenal CH Williams Talhar & Wong.
Tapi mereka diganti oleh jurunilai baru pada tahun 2018 selepas PH ambil alih.
Jurunilai baru tukar andaian paling asas untuk menilai syarikat tersebut:
Kadar diskaun (Discount rate) yang digunakan dalam cara penilaian Discounted Cash Flow (DCF) dinaikkan dari 9% menjadi 14%.
Siapa yang belajar akaun akan tahu bahawa Discount rate ini biasanya adalah sedikit lebih tinggi berbanding kadar faedah bank (6%) dan semakin tinggi discount rate, semakin rendah nilai aset tersebut.
Tidak dinyatakan kenapa discount rate yang digunakan dalam penilaian aset tiba-tiba dinaikkan begitu tinggi dari 9% ke 14%.
Akibat penukaran jurunilai dan andaian yang digunakan untuk menilai, harga buku dalam laporan tahunan THP 2018 jatuh dari RM366.5 juta menjadi RM122.4 juta.
Selepas itu, kedua-dua syarikat itu dijual pada harga RM170 juta pada Disember 2019.
Pembeli ialah syarikat bukan Bumiputera bernama Tamaco Resources di mana pengarah-pengarah dan pemilik saham adalah bernama Lim.
Oleh kerana harga yang dijual adalah lebih rendah berbanding harga pembelian pada tahun 2013 walaupun pengeluaran dan pendapatan semakin meningkat pantas, THP mencatat kerugian dengan penjualan ini.
Akhirnya, syarikat yang ada potensi mengeluarkan RM80.2 juta nilai buah tandan segar setahun dijual dengan harga RM170 juta pada masa harga sawit sedang memulih dan pengeluaran semakin meningkat.
Maka persoalan yang patut dijawab oleh Menteri Haji ialah:
1) Adakah pembelian pada tahun 2013 dengan harga 37.6 sen setiap kaki persegi terlalu mahal?
2) Adakah syarikat jurunilai terkenal CH Williams tersalah nilai tanah tersebut masa itu?
3) Kenapa tiba-tiba tukar jurunilai yang menggunakan andaian yang meragukan itu dan mengakibatkan kejatuhan nilai buku sebanyak RM244 juta dari RM366 juta ke RM122 juta?
Sehingga ianya dijual dengan harga RM170 juta – iaitu harga RM26,000 setiap hektar atau 24sen setiap kaki persegi – sedangkan syarikat itu sedang untung, pengeluarannya meningkat setiap tahun dan pada ketika harga minyak sawit dunia memulih ke RM3,000 satu tan?
4) Jika THP benar-benar mengalami tekanan kewangan pada masa harga sawit murah, kenapa Tabung Haji sebagai peminjam terbesar kepada THP atau Kementerian Kewangan menolong THP seperti bagaimana kerajaan BN dahulu tolong syarikat swasta DRB-Hicom dengan Proton yang mengalami tekanan hebat.
Kenapa biarkan THP begitu sahaja sehingga mereka terdesak untuk menjual 76.2% tanah ladang mereka?
5) Kenapa syarikat Tamaco begitu berbesar hati atau begitu bodoh untuk membeli tanah ladang tersebut yang tidak berpotensi dan merugikan?