Politik
Muhyiddin Presiden, Ahmad Faizal Timbalan Presiden Bersatu
Tan Sri Muhyiddin Yassin diumum sebagai Presiden Bersatu manakala Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pula diumum sebagai Timbalan Presiden Bersatu yang baharu.
Sementara itu Menteri Pendidikan, Dr Radzi Jidin, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen pula dipilih sebagai Naib Presiden Bersatu.-SM