Politik

Muhyiddin kagum lihat konvoi anak muda ke Majlis Pelancaran Jentera Pemuda PN

Sejurus tiba dari Pulau Pinang selepas merasmikan Konvensyen Perikatan Nasional negeri serta melancarkan jentera Pilihan Raya Negeri semalam, saya ke Shah Alam pula bagi menghadiri Majlis Pelancaran Jentera Pemuda PN.

Saya kagum melihat sambutan hebat anak-anak muda dan golongan belia negeri ini yang datang dengan konvoi ribuan motosikal ke majlis ini.

Saya namakan ini sebagai gelombang anak muda dan gelombang rakyat yang mahu membuat perubahan dalam PRN nanti.

Saya yakin sokongan padu dalam kalangan orang muda yang sedang berlaku di seluruh negara pada hari ini akan diterjemahkan dalam bentuk undi kepada PN nanti, insya-Allah.

Pada masa yang sama saya turut mengingatkan seluruh kepimpinan dah ahli parti agar terus bekerja kuat, tidak terlalu yakin dan sentiasa berjaga-jaga dalam menghadapi PRN.

Jangan mudah berpuas hati, jangan lalai dan teruslah berusaha dengan perhebat jentera parti di semua peringkat terutama rakyat akar umbi.

Tahniah kepada seluruh kepimpinan dan jawatan kuasa Pemuda PN yang berjaya menganjurkan perhimpunan ini dengan jayanya.

Muhyiddin Yassin

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button