Politik

Muhyiddin angkat sumpah jawatan perdana menteri di Istana Negara hari ini

Oleh BERNAMA

Selepas seminggu negara menghadapi kemelut kepimpinan politik, Malaysia hari ini bakal menyaksikan Muhyiddin Yassin, mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri ke-8.

Istiadat pengurniaan suratcara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, dijadual diadakan di Istana Negara pada 10.30 pagi ini.

Pelantikan Muhyiddin, 72, yang juga presiden PPBM sebagai perdana menteri ke-8 dibuat selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Ahli Parlimen Pagoh itu dilantik ke jawatan tersebut susulan peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad pada 24 Feb, sehingga mencetuskan krisis politik tanah air yang menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) hilang kuasa dan perubahan gabungan parti politik.

Related Articles

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button