Politik

Tun M serah surat pada Agong, dakwa 114 Ahli Parlimen sokong jadi PM

TUN Dr. Mahathir Mohamad mendakwa mempunyai 114 orang Ahli Parlimen yang menyokong beliau untuk dipilih semula sebagai Perdana Menteri.

Dr. Mahathir berkata, beliau akan menyerahkan surat yang menerangkan perkara tersebut dan senarai Ahli Parlimen yang menyokongnya kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Ahli Parlimen Langkawi itu berharap  dapat menerima surat dan penjelasan beliau.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan, Dr. Mahathir berkata, sebanyak tujuh Ahli Parlimen bersatu, termasuk beliau telah menandatangani akuan berkanun yang tidak menyokong Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin dipilih sebagai perdana menteri.

Semalam, Al-Sultan Abdullah telah melantik Presiden PPBM, Muhyiddin yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Parlimen sebagai perdana menteri baru.

Proses istiadat pengurniaan suratcara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri akan berlangsung hari ini pada pukul 10.30 pagi di Istana Negara.

Agong berkata, proses pelantikan perdana menteri tidak boleh dilengahkan kerana Malaysia memerlukan sebuah kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan negara.

 

(Visited 125 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button