NasionalRencah HidupUncategorized

Muhaya cari publisiti murahan, video kedua selar wanita bekerjaya

Video pertama wanita kena bodoh-bodoh sikit kalau nak kahwin

BERTARAF atau berstatus Datuk Profesor Doktor tidak lagi boleh digolongkan sebagai kalangan bijak pandai zaman sekarang kerana nampaknya yang berstatus sedemikian dilihat turut mencari publisiti murahan.

Tidak terasa ijazah demi ijazah dalam genggaman wanita bernama Muhaya Muhamad mengangkat dirinya sebagai seorang insan terpelajar dari golongan hawa di Malaysia, dia nampaknya terus menggali publisiti murahan menerusi pandangannya yang mengundung rasa marah masyarakat atau lebih tepat lagi, istilah yang digunapakai hari ini, netizen.

Padanlah kalau netizen berbulu dengan Muhaya kerana dengan menggunakan platform media sosial Facebooknya, dia memilih untuk mengupas isu dan hari ini berkaitan dengan WANITA BEKERJAYA.

Tidak sedar dirinya juga perempuan, Muhaya dilihat seronok apabila hari ini, dia merendah-rendahkan martabat kaum sejenisnya yang bekerjaya.

Mungkin keseronokan Muhaya itu diperoleh daripada maklumbalas netizen yang menghentam dirinya menerusi paparan video yang tular berkaitan dengan ungkapan kenyataan daripada mulut Muhaya iaitu wanita perlu bodoh-bodoh sikit kalau nak mendapat pasangan hidup atau dalam erti kata lain, kahwin.

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) yang bersambung sehingga 28 Jun ini, bukan sahaja golongan marhaen yang tertekan emosi tetapi golongan bijak pandai seperti Muhaya turut merapu menerusi siaran video livenya.

Mungkin itu caranya Muhaya menghilangkan rasa stress duduk di rumah (kita bersangka baik, dia duduk di rumah dalam tempoh PKP3.0 bersambung) dengan memberi kenyataan yang membuatkan cuping telinga netizen merah terbakar.

Muhaya sendiri terlupa bahawa suatu ketika dahulu, dia juga berhempas pulas memerah otak untuk bergelar graduan, bersengkang biji mata membuat tesis untuk mendapat gelaran DOKTOR.

Dia juga bekerjaya atau bekerja dan tidak mengharapkan suaminya untuk menanggung atau mungkin Muhaya bekerja secara percuma selama ini iaitu sebelum dia mengundang perhatian netizen di tahun 2021.

Dulu nama Muhaya memang popular kerana komen-komen bernasnya namun nama itu menjadi sejuk dan hari ini, nama Muhaya meletop tetapi cara letupan tidak sama dengan keadaan namanya meniti dari bibir ke bibir secara positif dan optimis.

Kali ini, namanya disebut-sebut sekali lagi di mana sebuah lagi videonya berlegar di media sosial di mana dia seolah-olah merendahkan martabat wanita bekerjaya sehingga membangkitkan kemarahan netizen, ini petikan daripada catatan blog BEAUTIFULNARA hari ini.

Sama ada Muhaya sedar atau tidak, perkataan yang diucapkannya dalam video itu, wanita yang mempunyai taraf akademik tidak mendapat apa-apa kelebihan tambahan dalam waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kini.

Ya, tiada apa-apa kelebihan tambahan  dalam situasi PKP 3.0 termasuklah diri Muhaya sendiri kerana tidak siapa tahu kebenaran terdahulu, dia pernah berlakon bodoh-bodoh sikit untuk dapat pasangan hidupnya? Wallahhuaklam.

Menerusi video Muhaya yang kedua selepas wanita jadi bodoh-bodoh sikit kalau nak kahwin, nah! Tengok baris ayat dibawah ini yang seolah-olah merendahkan martabat wanita bekerjaya:

“Ada ke super girl, girl-girl? Usah bajet baguslah you all. I’m a career woman, Allah..sudahlah. Tak ada dalam al-Quran wanita paling berharga, wanita paling bekerjaya. Sorry. Wanita solehah nilai dia lebih besar daripada dunia seluruh isinya. You all ni sibuk nak challenge, challenge.”

Tambah Muhaya dalam video itu lagi, wanita yang mempunyai taraf akademik tidak mendapat apa-apa kelebihan tambahan dalam waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kini.

“Apa manfaat, nak bajet bagus, I pandai, I PHD, apa manfaat pada orang?” katanya yang juga ada PhD dan bergelar Doktor.

Muhaya umpama meludah ke langit, air ludahnya jatuh bertepek kena kat muka dia sendiri.

Cuba tinjau ruangan komen kenyataan yang dikeluarkan oleh Muhaya yang belajar teruk-teruk dulu untuk jadi pakar mata, diibaratkan netizen seperti ‘meludah ke langit, muka juga yang basah’ memandangkan dia juga mempunyai taraf pendidikan yang tinggi.

Keseronokkan apakah yang diperoleh Muhaya menerusi dua video yang mengundang kemarahan netizen hari ini? Hanya Muhaya sahaja yang ada jawapannya tetapi jangan berlakon, biar jujur dalam menjawab soalan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button