Luar Negara
Muafakat Nasional zahir simpati nasib mangsa gempa bumi di Turkiye
MUAFAKAT Nasional (MN) berkongsi rasa sedih dan terkejut di atas kejadian bencana gempa bumi yang melanda di kawasan Selatan Turkiye dan Utara Syria.
Dalam satu kenyataan, Presidennya, Tan Sri Annuar Musa menzahirkan rasa simpati atas nasib mangsa gempa bumi berukuran 7.8 magnitud melanda selatan Turkiye pada Isnin.
“Keluarga MN mendoakan agar segala misi menyelamatkan mangsa yang terkesan dapat dilaksanakan dengan lancar dan diberikan kemudahan serta perlindungan kepada petugas-petugas penyelamat,” katanya.
Terbaharu, media antarabangsa melaporkan gempa bumi kedua berukuran 7.5 magnitud melanda tenggara Turkiye dengan angka korban terkini melepasi 1,800 orang. – SM