Nasional

Muafakat Nasional perlu gesa kerajaan rayu keputusan kalimah Allah

PERGERAKAN Pemuda UMNO meminta Muafakat Nasional secara kolektif menggesa kerajaan supaya membuat rayuan terhadan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang membenarkan penganut agama Kristian menggunakan kalimah Allah.

Ketua pergerakan itu, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki membuat cadangan itu dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional UMNO-PAS yang berlangsung malam tadi.

Turut hadir adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) Datuk Seri Takuyiddin Hassan yang juga Setiausaha Agung Pas.

“Saya membangkitkan dalam mesyuarat agar Muafakat Nasional secara kolektif menggesa pihak Kerajaan yang berkebetulan Menteri Undang-Undang sendiri hadir dalam mesyuarat, agar membuat rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

“Teringat perjuangan tahun 2015 yang hampir sama dalam isu penggunaan kalimah Allah.

“Waktu itu, majalah mingguan gereja Katolik, Herald dilarang daripada menggunakan kalimah ‘Allah’ untuk merujuk kepada Tuhan apabila ia gagal dalam percubaan terakhirnya mengggunakan saluran perundangan setelah panel lima orang hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, sebulat suara menolak permohonan pihak gereja itu,” katanya.

Keputusan kes itu semalam, mengambil masa selama 13 tahun dua bulan untuk dimuktamatkan sejak difailkan pada 2008.

Selain kalimah Allah, penggunaan perkataan iaitu solat, Kaabah dan Baitullah juga dibenarkan kepada orang Kristian.

Pada prosiding itu, Hakim Datuk Nor Bee Ariffin, membenarkan tiga pengisytiharan deklarasi oleh seorang wanita keturunan Melanau dari Sarawak, Jill Ireland Lawrence Bill.

Nor Bee dalam penghakimannya, membenarkan deklarasi dalam mengamalkan kebebasan beragama yang terlindung mengikut Perkara 3, 8, 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan.

Nor Bee berkata, Kabinet pada 1986 tidak mengenakan sekatan penuh terhadap keempat-empat perkataan itu, namun KDN melangkaui kuasanya.

Katanya, penggunaan kalimah Allah ketika itu boleh digunakan oleh gereja dengan syarat penerbitan itu hanya untuk orang Kristian.

Pada 2008, Jill Ireland memfailkan semakan kehakiman untuk menuntut semula lapan cakera padat mengandungi kalimah Allah dan relif hak perlembagaannya untuk mengamalkan agamanya dilanggar dengan menyekat atau melarang pengimportan bahan pendidikan.

Sementara pada 21 Januari 2015 Mahkamah Persekutuan melarang majalah mingguan gereja Katolik, The Herald, daripada menggunakan kalimah ‘Allah’ untuk merujuk kepada Tuhan.

Panel lima orang hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, sebulat suara menolak permohonan gereja bagi semakan selepas memutuskan bahawa pihak berkenaan (gereja) gagal memenuhi keperluan minimum bagi semakan yang termaktub dalam Aturan 137 Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button