Nasional

MRA lancar ‘Tabung Bantuan Banjir Pakistan’

Malaysian Relief Agency (MRA) telah menyalurkan bantuan kecemasan awal berjumlah RM50000 bagi memulakan Operasi bantuan kemanusiaan di Pakistan akibat banjir teruk dan dalam masa yang sama MRA turut melancarkan ‘Tabung Bantuan Banjir Pakistan’ untuk disalurkan segera kepada mangsa bencana banjir di Pakistan.

MRA menerusi kenyataan berkata, dana yang dikumpul itu akan diberikan untuk tujuan menyediakan bantuan asas pasca bencana seperti penyediaan air bersih, penyediaan khemah sementara, dan agihan pek makanan asas kepada mangsa banjir di lokasi terjejas yang sukar dicapai di kawasan bencana.

Menurut MRA, bencana alam banjir yang berlaku di Pakistan baru-baru ini merupakan salah satu situasi yang terburuk dalam sejarah Pakistan. Lebih menyayat hati, kejadian ini telah menenggelamkan satu pertiga wilayah Pakistan dan mengakibatkan lebih 1100 orang meninggal dunia.

Justeru, MRA mengalu-alukan sumbangan untuk ‘Tabung Bantuan Banjir Pakistan’ bagi membantu mangsa yang terjejas teruk akibat banjir teruk. Sumbangan rakyat Malaysia boleh dibuat menerusi akaun Maybank Malaysian Relief Agency Berhad (acc no: 5640 9820 8020) atau layari laman rasmi Malaysian Relief Agency www.mra.my dan facebook untuk maklumat lebih lanjut.

Untuk maklumat lanjut mengenai program yang dijalankan oleh Malaysian Relief Agency (MRA), hubungi 03-9174 4672 atau layari laman web rasmi MRA di www.mra.my dan ikuti perkembangan terkini MRA melalui media sosial MRA di Facebook , Instagram, Twitter dan Youtube.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button