Nasional

MoT tubuh jawatankuasa khas gerak atur misi bantuan banjir

KEMENTERIAN Pengangkutan (MoT) menubuhkan sebuah jawatankuasa petugas khas bagi menyelaraskan misi bantuan banjir.

Menterinya Anthony Loke Siew Fook berkata, jawatankuasa itu yang dipengerusikan Timbalan Ketua Setiausaha MoT akan bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menyelaras misi bantuan.

“Kabinet telah berbincang untuk mengerah jentera kerajaan membantu mengatasi bencana banjir di Pantai Timur, termasuk Kelantan yang sangat teruk kali ini.

“Kita bukan sekadar untuk tunjuk muka saja, sebaliknya MoT mengambil langkah proaktif supaya segala keperluan dapat disediakan.

“MoT akan bekerjasama dengan NADMA dari segi penyelarasan jentera dan peralatan agar sumber itu tidak dibazirkan. Justeru, koordinasi adalah penting supaya kita tahu apa keperluan dan akan membuat kerahan mengikut keperluan berkenaan,” katanya.

Banjir di seluruh negara makin serius dengan lebih 100,000 mangsa di tempatkan di pusat-pusat pemindahan.

Kelantan disifatkan palik teruk terjejas semalam kira-kira 90,000 mangsa di negeri itu sudah dipindahkan ke 288 pusat pemindahan sementara (PPS).

Sementara di Terengganu, Kedah dan Johor terus mencatatkan peningkatan mangsa yang dipindahkan.

Bagi tempoh sama, situasi banjir di Perlis, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor semakin pulih. Manakala di Perak PPS di SK Parit Haji Aman di daerah Kerian ditutup sepenuhnya jam 3 petang setelah keadaan didapati pulih dengan semua mangsa dibenarkan pulang.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button