Nasional

Mohon pindaan nafkah: Kurangkan bawah RM1,300 atau lebih daripada jumlah asal?

Topik Sam Bunkface yang pernah memohon pindaan nafkah menjadi buah mulut orang ramai apabila Sam tidak menjelaskan berapakah jumlah pindaan yang dipohon.

Jika sebelum ini, Sam atau nama sebenarnya Shamsul Anuar Baharom memaklumkan dia tidak pernah gagal membayar RM1,300 setiap bulan, itu adalah sesuatu yang bagus.

Baru-baru ini pula, timbul pertikaian bahawa bekas isterinya, Aida Azira Hussin mendakwa RM1,300 itu tidak mencukupi untuk digunakan tempoh sebulan.

Sebaliknya untuk perbelanjaan anak tunggal mereka, Maleeq yang berusia 6 tahun, Aida sebagai seorang ibu memerlukan RM1,300 untuk penjagaan tempoh dua minggu sebulan.

Ujar Sam mengikut pengalamannya, sepanjang menjaga Maleeq untuk tempoh dua minggu, dia hanya perlu menggunakan kos sekitar RM250 sahaja dan ia sudah mencukupi.

Mungkin disebabkan itu Sam berpendapat jumlah RM1,300 adalah tidak relevan dan boleh dikurangkan sehingga RM500 atau bawah RM1,000 sekiranya pindaan diluluskan.

Namun mendengar sahaja Sam membuat permohonan pindaan, Aida terus tidak bersetuju tanpa dia sendiri mengetahui berapa jumlah pindaan yang dipohon.

Bayangkan kalau Sam membuat permohonan pindaan untuk membayar nafkah sehingga RM2,000 sebulan, bukankah ia satu perkara baik buat Maleeq?

Kena pula jika pindaan lulus dengan syarat Sam perlu membayar nafkah sekitar RM500 sahaja sebulan, bagaimana perbelanjaan anak itu nanti semasa besar?

Perbelanjaan semasa bersekolah rendah, masuk ke sekolah menengah, semua itu kekal tertakluk di bawah nafkah Sam dan bukannya perlu kira berapa hari Sam menjaga Maleeq.

Jadi kepada netizen, tidak perlu jadi kepochi untuk bahaskan hal berkait dengan rumah tangga orang sedangkan kita ini cuma orang luar yang tidak tahu apa-apa.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button