Suatu ketika dahulu, ramai orang-orang Melayu memuji aktivis kemasyarakatan, Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang kerana menyediakan perkhidmatan ambulans kononnya serendah RM1.
Namun setelah berjaya membeli ambulans dengan nama awam sehingga lebih kurang 20 unit, sesiapa yang memerlukan penggunaan ambulans perlu membayar sekitar RM300 hingga RM800.
Ujar netizen yang kurang percaya terhadap modus operandi Uncle Kentang, masing-masing mendesak agar audit dilaksanakan namun terdapat dakwaan ia tidak dilaksanakan.
Sehubungan itu, jelas Uncle Kentang kepada sebuah media, perkara itu hanyalah usaha untuk memburuk-burukkan namanya sedangkan niatnya tersangatlah murni!