Rencah Hidup

MMA mahu sambutan Thaipusam tidak diadakan tahun depan

Menunggu keputusan kerajaan dan Jawatankuasa pengurusan kuil

DEMI keselamatan dan kesihatan susulan penularan wabak Covid-19 di Malaysia, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menasihatkan penganut agama Hindu agar sambutan Thaipusam bagi tahun depan, 2021, tidak diadakan secara besar-besaran seperti yang berlangsung saban tahun.

Presidennya, Dr. Subramaniam Muniandy berkata, mungkin agak mustahil untuk mengamalkan SOP dengan kehadiran begitu ramai penganut Hindu dan orang ramai yang akan membanjiri kuil pada sacara sambutan perayaan itu.

Sambutan Thaipusam yang jatuh pada 28 Januari tahun depan dan lazimnya, penganut Hindu akan membuat persiapan untuk membayar nazar mereka seawall tiga bulan sebelum tarikh tersebut.

“Pastinya lebih 1 juta orang dijangka akan menghadiri sambutan Thaipusam di kuil di Batu Caves, Gombak, Selangor.

“Dan kawalan ke atas pengunjung seramai itu memang mustahil, bukan nampak mustahil dan ini boleh mengancam kesihatan dan keselamatan mereka terutamanya penganut Hindu yang hadir beramai-ramai,” katanya seperti dilaporkan BERNAMA.

Katanya lagi, pematuhan SOP seperti pemeriksaan suhu badan, catatan kehadiran dan penjarakan fizikal amat sukar untuk dipatuhi kerana jumlah pengunjung yang terlalu ramai.

Sehubungan itu, Dr. Subramaniam menggesa jawatankuasa pengurusan kuil dan kerajaan supaya membuat pengumuman awal sebelum penganut Hindu memulakan persiapan mereka seperti membuat kavadi, tiga bulan sebelum Thaipusam.

Di Malaysia, Thaipusam disambut secara besar-besaran, sekurang-kurangnya di empat tempat iaitu di Kuil Sri Subramaniyar Swami di Batu Caves, Kuil Sri Arulmigu Balathandayuthapani di Georgetown, Pulau Pinang.

Dua lagi tempat ialah Kuil Arul Subramaniar di Ipoh, Perak dan Kuil Sri Subramaniya Swami Devasthanam di Sungai Petani, Kedah.

Sementara itu, Presiden Hindu Sangam Malaysia, RS Mohan Shan berkata, sambutan Thaipusam tahun depan bergantung kepada situasi pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan.

Bagaimanapun beliau meminta penganut Hindu arar menghormati keputusan yang dibuat kelak sekiranya kerajaan tidak membenarkan sambutan Thaipusam diadakan secara besar-besaran.

Ia melibatkan soal kesihatan dan nyawa. Jadi, kita perlu membuat satu keputusan yang rasional, kata beliau.

Mohan berkata, penganut Hindu masih boleh bersembahyang di rumah masing-masing dan menunaikan nazar pada tahun-tahun akan datang. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button