Nasional

Misi bantuan banjir MITI dapat kebenaran MKN

Misi bantuan banjir Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang diadakan di daerah ini hari ini dilaksanakan selepas mendapat kebenaran dan kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN), kata Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Katanya misi itu diadakan bagi membolehkan kementerian turut terlibat dalam membantu rakyat yang terjejas banjir, khususnya dari segi pembersihan dan bantuan lain.

“MKN memberikan kelulusan untuk misi ini diteruskan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang amat ketat,” katanya kepada pemberita selepas  menyampaikan bantuan berbentuk barangan keperluan asas selain bergotong-royong membersihkan beberapa kawasan terjejas oleh bencana itu di Kota Tinggi.

Beliau ditanya sama ada misi itu mendapat kebenaran merentas negeri memandangkan negara kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan yang turut menyaksikan larangan merentas daerah dan negeri bagi yang negeri-negeri yang berkenaan.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata semua yang terlibat dalam misi itu sentiasa diberi ingatan agar mematuhi SOP termasuk menjaga penjarakan fizikal.

Misi pascabanjir  MITI itu turut mendapat kerjasama Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM). – BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button