Kesihatan

Minum empat pain bir dan gelas kecil wain boleh tingkatkan risiko dementia

SATU kajian mencadangkan minum hanya empat pain bir atau gelas kecil wain seminggu boleh meningkatkan risiko mendapat dementia.

Penyelidik telah memberi amaran bahawa ia meningkatkan peluang sebanyak separuh untuk mengalami masalah ingatan jangka pendek dan kesedaran spatial iaitu cara kita melihat ruang di sekeliling badan kita.

Mereka berkata, jika gagal mengurangkan had minum yang lebih selamat boleh menyebabkan masalah ini membawa kepada demensia.

Paras empat pain iaitu lapan unit jika dibandingkan dengan nasihat daripada National Health Service (NHS) untuk minum maksimum 14 unit seminggu.

Para saintis menganalisis data mengenai lebih daripada 15,000 orang yang berumur 50 tahun ke atas dan mengawasi mereka selama dua tahun.

Kajian tersebut dijalankan dengan melihat pengambilan alkohol mereka termasuk kuantiti dan kekerapan, dinilai dan mereka mengambil ujian untuk mengukur kemahiran berfikir.

Orang yang mencapai ‘tahap berisiko’ minum iaitu sama dengan lapan unit seminggu, mengalami penurunan yang lebih besar dalam ingatan jangka pendek dan kesedaran spatial.

Hanya sedikit kemerosotan tambahan dalam kecacatan mental yang boleh membawa seseorang melepasi ambang klinikal untuk demensia.

Pakar psikiatri perunding yang mengetuai kajian di King’s College London, Dr Tony Rao mengatakan bahawa kajian ini adalah yang paling inovatif mengenai hubungan antara minum dan alkohol serta risiko demensia.

“Dengan kerjaya lebih daripada 20 tahun yang dikhaskan untuk penyelidikan mengenai alkohol dan orang yang lebih tua, ini sudah tentu kajian yang paling inovatif tentang hubungan antara minum dan alkohol serta risiko demensia.

“Tiada peserta yang mengalami demensia pada permulaan kajian tetapi mereka yang minum pada tahap berisiko lebih berkemungkinan menunjukkan penurunan kognitif, yang mungkin berkembang menjadi demensia.

“Pemarkahan di atas titik pemotongan untuk minum berisiko tidak hanya digunakan kepada peminum berat atau peminum biasa.

“Sebagai contoh, adalah mungkin (berada di atas ambang) jika seseorang meminum dua unit alkohol bersamaan dengan satu pain bir atau segelas kecil wain selama empat kali seminggu.

“Ini mungkin kelihatan mengejutkan dan menyangkal mitos bahawa alkohol adalah baik untuk otak.

“Menggunakan ujian untuk mengambil kemerosotan kognitif ini lebih awal boleh melindungi otak dan mencegah penurunan seterusnya kepada demensia,” katanya.

Tambahnya, melalui ujian ini, perkara ini boleh dicegah dan ini berpotensi untuk meningkatkan kesihatan awam.

Dr Rosa Sancho dari Penyelidikan Alzheimer UK, mengatakan penemuan ini lebih berat dalam memberi nasihat kepada orang ramai untuk mengikut garis panduan yang disyorkan.

NHS menasihatkan lelaki dan wanita supaya tidak minum lebih daripada 14 unit seminggu secara tetap.

Tambahnya, langkah ini diambil untuk mengekang jumlah alkohol yang diambil boleh memberi manfaat kesihatan yang meluas dan tidak terhad dalam meningkatkan kesihatan otak.

Penemuan penyelidikan ini telah diterbitkan dalam jurnal Penuaan dan Kesihatan Mental. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button