Ekonomi

MINAZ Hijab lamar Nelydia dan Ayana

JENAMA popular, MINAZ Hijab terus optimis berkongsi rezeki untuk membantu rakyat Malaysia menjana pendapatan dari rumah mendepani era pandemik menuju endemik. Tahun ini jenama itu mahu membantu lebih 4,000 ejen dan stokis seluruh Malaysia mencapai misi berkenaan.

Malah, jenama itu mensasarkan lima orang lagi bakal menjadi Jutawan Hijab menjelang hujung tahun ini. Tak ketinggalan, sasaran 2 juta helai tudung bawal juga mahu dicapai sehingga 2022 berlabuh. Hal itu diakui Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hafiza Datuk Abd Hamid atau lebih dikenali dengan nama Pija MINAZ.

Pija MINAZ selaku Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MINAZ

“Kami yakin sasaran jualan 2 juta helai tudung itu dapat dijual tahun ini dengan misi mahu membantu lebih ramai suri rumah dan keluarga menjana pendapatan tambahan.

“Sekali gus bangun dan meneruskan kehidupan dengan lebih baik. Kami juga berkongsi rezeki dengan tajaan pakej umrah tahun depan buat ejen dan stokis yang mencapai sasaran jualan ditetapkan tahun ini.

“Kami juga dalam masa sama sedang mengisi kekosongan stokis di tiga buah negeri iaitu di Melaka, Perlis dan Sarawak. Yang berminat boleh hubungi 017-6264858,” katanya.

Jenama yang diperkenalkan Ogos tahun lalu itu sudah menambat hati ramai penggemar bawal kain kapas. Namun secara keseluruhan jenama tunggak, MINAZ sudah genap 12 tahun pada 2022.

“Fabrik kapas klasik voile amat eksklusif, berkualiti tinggi dan antara terbaik yang kami pernah pasarkan. Ia juga bawal mudah bentuk. Paling utama ia dijual pada harga mampu milik, RM29.

“12 tahun bukan sesuatu yang mudah untuk mencuri perhatian ramai. Liku-liku hidup dilalui hingga pernah rasa ingin mengalah. Namun keyakinan datang dengan semangat positif,” katanya.

Memasuki bulan Ramadan seterusnya, Syawal, jenama itu terus memperkasa pengaruhnya dengan memperkenalkan Nelydia Senrose dan wanita mualaf, Ayana Jihye Moon sebagai wajah kempen MINAZ Blooming Raya. Koleksi keempat selepas menampilkan Nora Danish dan Kilafairy itu dilancarkan 31 Mac (malam ini) di www.minaz.com.my.

Kedua personaliti itu mempunyai pesona tersendiri. “Sejak Nelydia diperkenalkan di semua platform digital sebagai wajah kempen utama edisi istimewa ini, ramai yang telah memberikan maklum balas positif terhadap pemilihannya. Tidak kurang juga yang mendoakan dia untuk kekal istiqamah berhijab.

“Seperti seorang adik, tutur bicara Nelydia yang lemah lembut dan dirinya sendiri yang tidak malu meminta nasihat untuk kekal berhijab membuatkan saya begitu selesa bekerjasama dengannya.

“Ayana pula bergelar mualaf sejak usia muda. Kisahnya sendiri telah memberikan kami inspirasi terutamanya sebagai seorang muslim yang berhijab. Kami ingin bawakan bukan sahaja selebriti, malah seorang ikon yang cukup dikenali dan memberikan inspirasi dengan kisah hijrahnya bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button