Politik

Mesyuarat PH bersama Tun M, Shafie berkaitan pendirian setiap parti

MESYUARAT pemimpin kanan Pakatan Harapan bersama Pengerusi Bersatu Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal yang menjadi tumpuan masyarakat hari ini adalah berkaitan pendirian setiap parti terbabit.

Mesyuarat yang menjadi tumpuan masyarakat itu dipengerusikan oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menyaksikan perbincangan secara menyeluruh mengenai pendirian parti dalam pakatan tersebut.

BACA Tun M, Shafie dan pemimpin PH bermesyuarat

Dalam kenyataan yang turut ditandatangani oleh Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng itu, mereka menegaskan perbincangan mengenai pendirian setiap parti menampakkan kemajuan yang amat positif.

Bagaimanapun kenyataan tiga perenggan tersebut tidak menyebut mengenai pendirian yang mereka bincangkan.

“Pimpinan Pakatan Harapan telah mengadakan mesyuarat bersama YB Tun Dr Mahathir Mohamad
dan YAB DS Shafie Apdal hari ini, yang dipengerusikan oleh YB DS Anwar Ibrahim.

“Mesyuarat hari ini telah menyaksikan perbincangan secara menyeluruh tentang pendirian setiap
parti, dan menampakkan kemajuan yang amat positif.

“Proses memuktamadkan segala keputusan akan dilakukan dalam masa seminggu ini,” kata kenyataan tersebut.

Media sebelum ini melaporkan melaporkan  Dr. Mahathir dan Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan secara tertutup hari ini.

Menurut laporan itu, dua pemimpin itu difahamkan akan memuktamadkan usaha Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan yang kini diterajui Perikatan Nasional (PN).

Sumber dalaman PH memberitahu, selepas pertemuan antara Mahathir dan Anwar, selepas pertemuan antara Mahathir dan Anwar, kedua-dua pemimpin tersebut juga akan menyertai mesyuarat PH di ibu pejabat PKR.

Spekulasi PH cuba untuk mengambil alih kerajaan yang diterajui PN bertiup kencang sejak beberapa minggu yang lalu.-SM

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button