Nasional

Mereka yang seru boikot mesti bertanggungjawab atas insiden bom api, kata Saifuddin

Mereka yang menghasut pemboikotan KK Mart mesti berhenti menghasut rakyat atau bertanggungjawab ke atas pengeboman api baru-baru ini di kedainya, kata menteri dalam negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin berkata walaupun gesaan untuk memboikot sesuatu jenama mungkin tidak menjadi kesalahan, insiden cubaan mengebom api di dua kedai serbaneka KK Mart adalah salah.

“Perbuatan ini boleh mengakibatkan kemusnahan harta benda awam dan kehilangan nyawa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata polis sedang meneliti dua percubaan untuk membakar dua cawangan KK Mart – di Perak dan Pahang – dan akan berusaha sepenuhnya untuk mengawal dan mengekalkan keamanan negara.

Saifuddin berkata tindakan undang-undang telah diambil terhadap pengasas dan pengarah KK Mart, serta Xin Jian Chang Sdn Bhd, pembekal stokin yang dicetak dengan perkataan “Allah”. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button