Nasional

Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah beri keterangan SPRM

Susulan laporan dibuat pihak tertentu

MENTERI Pembangunan Infrastruktur Sabah yang juga merupakan Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Peter Anthony  hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kota Kinabalu hari ini untuk memberi keterangan.

Beliau dilihat tiba di pejabat berkenaan pada pukul 10.20 pagi tadi dengan ditemani peguamnya, Cedric Choo.

Peter selesai memberi keterangan pada kira-kira pukul 5.20 petang.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui selepas selesai memberi keterangan, Peter berkata, ia adalah proses biasa dalam memberi keterangan kepada SPRM susulan ada laporan yang dibuat oleh pihak tertentu.

“Ini adalah keterangan mengenai beberapa projek berkaitan dengan kerajaan negeri.

“Saya sedia bekerjasama dan akan datang pada bila-bila masa untuk memberi keterangan,” katanya. – BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button