Luar Negara
Menteri agama pertahan Syiah dan Ahmadiyah
Yaqut Cholil Qoumas, menteri urusan agama yang baru dilantik Indonesia, telah berjanji untuk menegakkan hak-hak kumpulan agama minoriti Syiah dan Ahmadiyah dan berusaha untuk mencegah penganiayaan mereka.
“Saya tidak mahu anggota Syiah dan Ahmadiyah berpindah dari rumah mereka kerana kepercayaan mereka. Mereka adalah warganegara mesti dilindungi,” kata Yaqut lapor Tempo.co.
Selama bertahun-tahun, pihak berkuasa dan masyarakat di Indonesia telah mendiskriminasi pengikut Ahmadiyah dan Syiah.
Anggota kumpulan agama, dalam beberapa keadaan, dilarang mendirikan tempat ibadah dan dihalau keluar dari rumah mereka.
Yaqut berjanji akan memudahkan dialog antara pelbagai kumpulan agama.