Tanpa Adam, tiadalah Hawa. Itulah adalah satu analogi yang tepat untuk menggambarkan betapa pentingnya penciptaan lelaki dan wanita ini.
Tujuannya adalah untuk saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain sekali gus mengisi kekosongan hati dan memenuhi belaian kemesraan.
Namun begitu, hubungan di antara lelaki dan wanita tetap ada batas dan kalua dirujuk pada pemikiran dan keinginan, ia memiliki perbezaan besar.
Misalnya lelaki disifatkan memiliki sembilan akal dan satu nafsu manakala wanita dicipta dengan sembilan nafsu dan satu akal.
Di sini jelas menunjukkan sikap ‘overthinking’ itu wujud disebabkan wanita memang ada satu akal sahaja untuk menghadam realiti termasuklah ragam lelaki.
Berbeza dengan lelaki yang ada sembilan akal, sesuai dengan gelaran ketua, banyak perkara yang difikirkan seperti kerjaya, keluarga dan wanita itu sendiri.
Maka sempatkah untuk lelaki ‘overthinking’? Jawabnya tidak namun perbezaan ini tidak menafikan lelaki juga memiliki masalah universal.
Pada saat wanita dikurniakan sembilan nafsu untuk mahu cantik, mahu membeli belah, mahu kasih sayang, mahu bercuti dan sebagainya, lelaki terperangkap dengan nafsu ‘dalam kelambu’.
Ini adalah kelemahan terbesar lelaki dan sebab itulah ia dijadikan sebagai salah satu senjata terhebat dalam politik untuk menjatuhkan pihak lawan.
Maka, wanita jangan ‘overthinking’ atas sesuatu tindakan lelaki yang penat berfikir pelbagai perkara demi kehidupan orang sekeliling yang lebih baik.