Nasional

Mengiktiraf UEC bukan keutamaan Kementerian Pendidikan

ISU berkaitan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) seperti yang dibangkitkan beberapa pihak sebenarnya bukan keutamaan Kementerian Pendidikan ketika ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pendirian itu berikutan kementerian masih berpegang teguh pada Dasar Pendidikan Kebangsaan dan peruntukan dalam Akta Pendidikan 1996.

“Sehingga kini KPM tidak mengiktiraf UEC yang dilaksanakan di sekolah menengah persendirian Cina (SMPC), dan KPM tidak melihat isu berbangkit mengenai perkara itu sebagai keutamaan.

“Pendirian ini berlandaskan kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan dan peruntukan Akta Pendidikan 1996 yang sentiasa menjadi pegangan KPM,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, hari ini. – SM

Related Articles
PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button