Belang Bertempat

Mengenali sejarah Malaysia, fahami sejarah dan orang-orang Melayu

TIDAK ada yang sanggup mati untuk Kemerdekaan negara ini kecuali orang Melayu. Sejarah pembentukan Malaysia memperlihatkan bahawa hanya orang-orang Melayu yang sanggup menggadai nyawa mereka demi untuk mencapai Kemerdekaan negara ini.

Hanya orang-orang Melayu sahaja yang berjuang membebaskan negara ini daripada penjajah British Empayar dan kemudiannya mereka menerima (adopted) bangsa-bangsa lain seperti Cina, India dan lain-lain sebagai warganegara sebuah negara baru yang dipanggil Malaysia.

Kita perlu memahami bahawa orang-orang Melayu tidak perlu lakukan itu semua.

Orang-orang Melayu tidak perlu menerima bangsa atau kaum Cina dan India yang ditinggalkan oleh British Empayar.

Tetapi orang-orang Melayu berlapang dada untuk menerima bangsa-bangsa lain di negara ini dan  memberi mereka KEWARGANEGARAAN penuh sebuah negara baru yang dibina iaitu Malaysia.

Kita perlu memahami sejarah ini dan menghargai perkara tersebut.

Realiti yang berlaku, kita sering mendengar tuduhan mengenai kononnya halangan untuk Malaysia maju sebagai sebuah negara berbilang bangsa, berbilang agama dan berbilang etnik adalah kerana disebabkan oleh orang-orang Melayu.

Ini adalah tuduhan yang salah dan tidak betul. Ia amat jauh dari kebenaran sebenar.

Kebenaran sebenarnya, rakyat Malaysia tidak boleh melakukan tuduhan sedemikian terhadap orang-orang Melayu di negara ini kerana realitinya.

Di negara ini wujud pelbagai kelompok bangsa adalah kerana orang-orang Melayu.

Wujudnya penganut pelbagai kelompok agama adalah kerana orang-orang Melayu.

Wjudnya pelbagai kelompok etnik adalah kerana orang-orang Melayu.

Kerana dengan adanya sikap berlapang dada dan toleransi orang-orang Melayu terhadap bangsa lain, semua ini wujud.

Orang-orang Melayu sebenarnya boleh sahaja tidak menerima bangsa-bangsa lain seperti Cina dan India yang ditinggalkan oleh Empayar British.

Mereka boleh tinggalkan mereka ini, orang Cina dan India, sebagai Orang yang tidak dijemput atau tidak diterima.

Tetapi orang-orang Melayu menerima bangsa atau kaum-kaum lain daripada berlainan agama di negara ini kerana keimanan yang datang dari agama Islam.

Kerana ia datang dari nilai-nilai Agama Islam yang membenarkan bangsa lain dari berlainan agama duduk aman di dalam sebuah negara-Malaysia.

Orang-orang Melayu atau orang Islam amat bangga mempunyai pegangan dan nilai-nilai murni ini.

Kerana atas dasar ini adalah tidak masuk akal untuk sesuatu bangsa di negara ini menentang wujudnya agama Islam sebagai Agama Rasmi Negara Malaysia seperti yang termaktub didalam Perlembagaan.

Kerana atas nilai-nilai Islam inilah  yang membenarkan pelbagai Bangsa, Orang pelbagai Agama dan Etnik boleh tinggal didalam negara Malaysia ini secara aman dan damai.

FAHAMI SEJARAH.

HARGAI SEJARAH.

HARGAI PENGORBANAN ORANG-ORANG MELAYU. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button