Mengapa membisu bila isu keselamatan rakyat
Ke mana pergi pemimpin di sebelah kerajaan.
Tiada yang berani mengkritik keputusan Dr. Mahathir meneruskan pengecualian visa pelancong kepada pengunjung dari China.
Yang kedengaran hanya suara dari pihak pembangkang sahaja.
Berbanding isu peralihan kuasa, begitu ramai yang memberi komen.
Apabila pemimpin mereka disentuh, langsung melenting dan saling berbalas serangan.
Apakah mereka lupa bahawa mereka berada di kedudukan hari ini adalah untuk berkhidmat untuk rakyat dan bukan taasub dengan pemimpin.
Jangan kerana takutkan jawatan melayang juga mereka terus membisu.
Kerajaan China sendiri akhirnya melarang rakyatnya terbang keluar selepas beberapa buah negara mengambil tindakan tegas termasuk menghantar pulang pelancong China.
Ini soal kebimbangan awam mengenai wabak maut yang belum dipastikan vaksin dan cara merebaknya.
Bayangkan doktor di China sendiri yang merawat pesakit telah dijangkiti wabak maut coronavirus.
Pada masa ini empat pelancong dari Wuhan telah disahkan menghidap penyakit tersebut dan dirawat di negara ini.
Ini menimbulkan kegusaran, jika berlaku kesilapan atau kecuaian ia akan terlepas dari kuarantin.
Situasi menakutkan di wilayah Wuhan, China tempat meletusnya wabak itu dikhuatiri melanda negara.
Mengapa kita perlu mengambil risiko, jika kita boleh mencegah.
Gantunglah pengecualian visa untuk tempoh tertentu sehingga gejala wabak ditangani.
Jika wabak itu bersarang di Malaysia jangankan tahun melawat Malaysia, segalanya akan punah.