PolitikPRK

Mengapa kempen rumah ke rumah harus dikekang?

KEKUATAN Barisan Nasional (BN) bukan pada ceramahnya. Bukan pada media sosialnya. Tetapi yang memenangkan parti itu sejak 60 tabun lalu adalah kempen dari rumah ke rumah.

Kempen kaedah demikian sangat berkesan dan ia digerakkan oleh Wanita UMNO secara senyap tanpa disedari oleh pihak lawan.

Bahkan ramai pemimpin sayap berkenaan akan tinggal di rumah keluarga angkat mereka sambil menjalankan kempen.

Mereka bergaul dan berbaur dengan penduduk setempat serta melibatkan diri dalam kehidupan seharian.

Kempen sedemikian sukar dilakukan oleh Pakatan Harapan (PH) kerana mereka terutamanya Bersatu adalah parti baharu, tidak memahami akar umbi sepenuhnya.

Manakala DAP pula parti yang belum dapat diterima oleh majoriti orang Melayu yang menjadi penentu kemenangan di Tanjung Piai.

Kebanyakan pemimpin PH juga hanya pandai berceramah kerana selama puluhan tahun mereka tidak perlu berkempen ke rumah rumah kerana orang ramai  yang datang mendengar ceramah.

Bagaimanapun sejak menjadi kerajaan ceramah mereka semakin membosankan dan tidak dapat menarik penduduk setempat untuk hadir.

Kalau kelihatan ramai sekalipun bukan penduduk setempat, tetapi orang ramai yang dibawa dari luar untuk memeriahkan majlis.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh menafikan bahawa peraturan baharu yang diperkenalkan bukan bertujuan menyekat kemenangan pembangkang.

Sudah terang lagi bersuluh SPR adalah budak suruhan kerajaan sejak zaman dahulu lagi. Cuma zaman sekarang langkahnya semakin canggung dan terdesak.

Mungkin PH telah belajar daripada kekalahan pilihan raya kecil sebelum ini seperti di Semenyih, Rantau dan Cameron Highland.

Di Cameron Highland paling unik. Kempen dari rumah ke rumah ini bukan sahaja dilakukan oleh Wanita UMNO, tetapi turut dijalankan oleh bekas anggota Senoi Praq.

Mereka berkempen ke rumah rumah Orang Asli yang terletak di kawasan terpencil dan tidak dapat diakses oleh jentera dan parti pemerintah.

Bahkan mereka tidak dibenarkan membawa telefon bimbit bagi mengelakkan pergerakan dikesan, kerana dikhuatiri disalah guna oleh pihak war room PH.

PH sepatutnya sedar kelebihan tetap berada di tangan mereka dan tidak perlu melakukan tindakan terdesak yang menjengkelkan.

Soalnya kini mudah sahaja janji-janji pilihan raya lalu kebanyakannya belum ditunaikan dan ekonomi negara tidak diuruskan tengan baik.

Jika dua perkara itu diperbaiki, mustahil rakyat akan menolak mereka.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button