Mengalir air mata Datin Patima lihat kehidupan Syamsul
IBU kepada pengarah sensasi Syamsul Yusuf iaitu Datin Patimah Ismail meluahkan rasa sedih menerusi IG storynya melihat anak kedua lelaki itu mengharungi proses perceraian secara bersendirian.
“Sejujurnya mengalir air mataku melihat anakku mengharungi takdir hidupnya seorang diri.
“Namun, doaku sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu agar dipermudahkan segala urusan,” tulisnya dengan berlatar belakang gambar wajahnya sendiri.
Syamsul dan Ira Kazar sah cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, pagi tadi.
Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik dilafazkan Syamsul terhadap Ira ketika masih bergelar suami isteri.
Peguam syarie mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais memberitahu Ira melanggar taklik sebanyak lima kali sejak 14 Ogos lalu.
Pada 16 Ogos lalu, Syamsul mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.
Syamsul dan Ira mendirikan rumah tangga pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.