Hiburan

Mengaku cicit Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee di aplikasi TikTok, bukan ujian DNA

SEORANG pemuda mengakui dia cicit kepada Seniman Agung Negara Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Pengakuan itu dibuat di aplikasi Tiktok yang mana pada mulanya, ramai yang menyangka pengakuan pemuda itu sekadar mengisi kandungan.

Bagaimanapun, pemuda itu menyertakan sekali bukti yang mengaitkan nama Allahyarham P.Ramlee termasuklah dua nama anak allahyarham manakala satu nama lagi, tidak dikaitkan.

Apabila menulis tentang ringkasan sejarah perkahwinan di antara Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Biduanita Allahyarhaman Puan Sri Saloma perlulah berhati-hati.

Kajian selidik perlu dibuat supaya apa yang dipaparkan itu berdasarkan fakta.

Tanyalah dan rujuklah kepada ahli keluarga kedua-dua belah pihak yang masih hidup, anak-anak kepada rakan-rakan rapat dengan P.Ramlee dan Saloma yang tahu cerita di sebaliknya.

Related Articles

Mengaku cicit  kepada P.Ramlee tu memang mudah tetapi buatlah DNA untuk kepastian. Cari di manakah anak-anak Sazali Boy! – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button