Rencah Hidup

Menengking bukan alasan untuk mengajar

MEMBEZA-BEZAKAN di antara anak kandung sendiri dengan anak saudara dalam jagaan adalah lumrah manusia dan tidak sepatutnya berlaku dalam zaman sekarang.

Akan tetapi anak-anak saudara yang dijaga separuh masa itu juga anak-anak yatim, dibeza-bezakan dari aspek nada percakapan kerana menggunakan nada tinggi apabila menegur kesalahan-kesalahan kecil atas alasan mahu mengajar.

Apalah yang nak ditengking-tengking dan dikatakan berperangai seperti diva terhadap kanak-kanak sedangkan anak sendiri berperangai seperti diva, tidak pula ditengking dan ditegur.

Di hadapan khalayak, nampak amat baik dengan anak-anak yatim ini tetapi sebaliknya yang berlaku cuma anak-anak ini tidak ditangankan!

Menegur bukan cara menengking dan kalau akar itu sudah keras memang sukar untuk dilentur kerana pastinya orang dewasa separuh abad tidak mahu menerima teguran daripada sesiapapun termasuk individu yang rapat.

Melentur anak-anak tidak perlu berkeras sepanjang masa kerana anak-anak yang membesar ini tidak akan dapat membezakan di antara teguran dan tengkingan.

Ibu bapa yang bercerai berai juga perlu ambil iktibar kerana mereka inilah yang menjadikan anak sendiri atau anak saudara ataupun orang terdekat sebagai sasaran melepaskan kemarahan.

Tidak perlu mengungkit segala kebajikan yang dilakukan dan tidak perlu dicungkil punca perceraian tetapi apabila tinggal sebumbung lebih sedekad, secara tidak langsung, dapat meneka apakah punca perceraian.

Keikhlasan dalam setiap perbuatan itu amat penting dan ia akan terpancar di wajah masing-masing. Seperkara lagi, kalau dari kecil anak-anak ditengking, apabila mereka besar kelak, anda pula akan ditengking! – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button