Jenayah

Memandu secara mabuk, 5 individu ditahan

SEBANYAK lima individu berusia lingkungan 22 hingga 59 tahun ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam beberapa sekatan jalan di sekitar Petaling Jaya, Selangor semalam.

Sekatan yang bermula pukul 11 malam hingga 3 pagi tadi itu telah memeriksa seramai 395 orang pengguna jalan raya dan 360 buah kenderaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, selain tangkapan, pihaknya turut mengeluarkan sebanyak 17 saman atas pelbagai kesalahan trafik.

“Fokus utama kita ialah untuk membanteras dan mencegah pengguna jalan raya yang memandu atau menunggang kenderaan di bawah pengaruh alkohol sekaligus membahayakan keselamatan dan juga menyebabkan kematian kepada orang lain.

“Hasil tinjauan mendapati masih ada pengguna jalanraya yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan operasi seperti ini akan kita teruskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, kesemua yang ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 45(a)1 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button