Politik

Memakai tudung: Hanya Tuhan maha mengetahui – Hannah Yeoh

SUSAH juga menjadi seorang ahli politik. Ini kerana apa sahaja yang dilakukan dan dipakai akan menjadi perhatian sama ada ia bermotif politik atau tidak.

Ahli Parlimen DAP Hannah Yeoh menghadapi dilema yang sama apabila memakai tudung bagi menghadiri majlis yang diadakan di masjid.

Menurutnya, dia memakai tudung bersesuaian dengan tempat yang dihadiri dan bagi menghormati penduduk yang menjemputnya ke majlis tersebut.

Pun begitu, pemakaian tudungnya dilihat dengan sinis bukan sahaja oleh musuhnya tetapi mereka yang bukan beragama Islam juga.

“Sebagai wakil rakyat, kalau saya masuk masjid untuk Hari Terbuka mestilah berpakaian sesuai untuk menghormati penduduk saya.

“Bila saya berselendang, ada yang tuduh pilihanraya dah dekat ini semua wayang kulit DAP. Kalau saya tak berselendang, nanti tuduh pula DAP menghina Islam.

“Yang bukan Islam sebelah sana pula kritik saya menyusahkan hak bukan Islam. Susah kan? Tapi tak apa, Tuhan Maha Mengetahui,” kata Hannah.

Kata Hannah, membantu masjid dan surau bukan hak ekslusif segelintir parti politik sahaja.

Sebaliknya ia merupakan tanggungjawab bersama semua pihak berkuasa, wakil rakyat dan komuniti setempat. Jadi memakai tudung bukanlah gimik politik.

“13 tahun saya berkhidmat sebagai wakil rakyat, keluar masuk masjid dan surau berpakaian sesuai dan berselendang untuk sampaikan sumbangan, untuk naiktaraf gunakan peruntukan dan berjumpa penduduk.

” Bukan gimik politik. Ini cara saya melaksanakan tanggungjawab saya. Boleh tanya penduduk Subang Jaya dan Segambut,” katanya.

Beliau baru-baru ini menghadiri Hari Terbuka di Masjid Al-Imam Al-Gazali Bandar Manjalara yang terletak di bawah parlimennya.

Penampilannya yang berhijab itu dikongsi di Twitter dan ramai pengikutnya di media sosial itu tidak dapat mengenali Hannah.

Dan ramai yang memuji Hannah kerana kelihatan cantik apabila mengenakan tudung.

“Salah satu cara saling santun menyantuni rakyat pelbagai kaum di Malaysia. Macam orang-orang tua di kampung. Let’s bring the vibes,” kata seorang wargamaya.

“You look beutiful YB. I’m speechless when you wearing hijab. Relly look like a Malay girl,” kata seorang lagi.

“Terima kasih YB. Kita saling memahami dan menghormati budaya dan amalan agama sesama kita. Melayu ini ada sopan dan santunya, budi dan bahasanya, sama macam di kalangan Tiong Hua dan lain-lain,” menurut seorang lagi.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button