SukanUncategorized

Melaka United jemput SPRM sebagai exco

PERSATUAN Bola Sepak Melaka United (MUSA) menjemput Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjadi satu daripada exconya bagi melindungi persatuan itu daripada rasuah sama ada di dalam atau luar padang.

Presiden MUSA Damian Yeo Shen Li berkata beliau telah menulis surat kepada SPRM untuk menjemput Pengarah SPRM Melaka bagi melantik mana-mana pegawainya berada dalam persatuan itu sebagai exco dan diharapkan jemputan itu dapat meningkatkan keyakinan penaja selain mengelakkan rasuah.

“…rundingan pemain atau pembekal tidak mengendahkan kepentingan masyarakat, memecat pemain tanpa mematuhi undang-undang, tiada tender terbuka, hanya rundingan terus.

“Tiada bajet atau terlebih bajet, dan kontrak yang menyebelahi satu pihak menjadikan persatuan semakin parah. Sebagai presiden, dan di bawah pemantauan saya, perkara sedemikian tidak akan berlaku lagi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Yeo yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong dilantik sebagai Presiden MUSA pada 1 Nov lepas selepas Ketua Menteri Melaka Adly Zahari meletak jawatan.

Dalam sidang akhbar pertama sebagai presiden, Yeo telah berjanji untuk memperbaiki kedudukan kewangan persatuan itu supaya pasukan dapat berada dalam kedudukan yang lebih kukuh. – BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button