NasionalpilihanUncategorized

Media Malaysia perlu dibentuk ikut acuan sendiri

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ketua-ketua pengarang di Malaysia mahu industri media di negara ini dibentuk mengikut acuannya sendiri.
Memetik BERNAMA, beliau berkata mesej itu disampaikan semasa pertemuan beliau bersama ketua-ketua pengarang industri media di Malaysia dengan Pengarah Biro Asia Pasifik Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) Cedric Alviani di sini hari ini.
Menyifatkan pertemuan kira-kira sejam itu sebagai cukup baik, Fahmi berkata ketua-ketua pengarang terbabit turut memohon penjelasan dan penerangan RSF mengenai metodologi serta cara pengumpulan data bagi menentukan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024.
“Harapan saya pertemuan ini dapat mencambah dan menambah jalur perbincangan supaya kita mendapat sedikit maklum balas daripada pelbagai pihak tetapi yang penting, media di Malaysia perlu dibangunkan dengan acuan Malaysia.
“Inilah mesej yang saya terima daripada para ketua pengarang dan terpulang kepada kita untuk membentuk media Malaysia yang kita idamkan,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button