Ekonomi

MCSB terima LOA untuk kontrak RM16.1 juta dari Mah Sing Group

KUALA LUMPUR, 3 JULAI 2024 – Minetech Resources Berhad (“Minetech” atau “Syarikat”), menerusi anak syarikatnya Minetech Construction Sdn Bhd (“MCSB”), telah menerima Surat Anugerah (“ LOA”) daripada MyVilla Development Sdn Bhd (“MyVilla”), anak syarikat Mah Sing Group Berhad, untuk menaik taraf dan membina jalan luar dan saliran untuk projek M Nova di Kuala Lumpur bernilai RM16.1 juta.

Projek M Nova membabitkan pembangunan 2,080 unit pangsapuri merentasi tiga blok di Jalan Lingkaran Tengah II, Mukim Batu, Kuala Lumpur. Projek ini akan dilaksanakan dalam dua fasa, di mana Fasa 1 terdiri daripada Menara A & B dengan 624 unit pangsapuri setiap satu, manakala Fasa 2 terdiri daripada Menara C, dengan jumlah keseluruhan 832 unit pangsapuri.

Encik Abang Abdillah Izzarim, Pengerusi Eksekutif Minetech Abang Abdillah Izzarim berkata pihaknya berbesar hati kerana telah dianugerahkan kontrak penting ini daripada MyVilla Development.

“Projek ini bukan sahaja mengukuhkan perkongsian kami dengan Mah Sing Group tetapi juga menekankan keupayaan kami dalam menyampaikan perkhidmatan pembinaan berkualiti tinggi. Kami komited untuk melaksanakan projek ini dengan cekap dan pada standard tertinggi, menyumbang secara positif kepada prestasi kewangan kami dan mengukuhkan kedudukan kami dalam industri,” katanya di sini hari ini.

Pada pukul 5 petang 3 Julai 2024, harga saham Minetech ditutup pada RM0.150, mencerminkan modal pasaran RM267.7 juta.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button