Alam SekitarEkonomi

MCIS Life sumbang RM1 juta untuk program penanaman hutan hujan endemik

Sasar untuk mengimbangi anggaran 567 tan karbon menjelang 2029

DALAM usaha bersepadu untuk meningkatkan sumbangannya ke arah pengurangan kesan pemanasan global, MCIS Insurance Berhad (MCIS Life) akan menyalurkan sebanyak RM1 juta untuk tujuan penanaman 5,000 pokok hutan hujan endemik dalam lokaliti tapak kelestarian perintisnya yang dikenali sebagai MCIS Life Legacy Forest di Sireh Park, Iskandar Puteri, Johor.

Peluasan ketara kepada projek perintisnya yang diumumkan pada tahun 2019 di mana 1,280 anak pokok telah ditanam antara tahun 2020 dan 2022 di lokasi yang sama, penambahan baharu ini akan meningkatkan jumlah spesies pokok hutan hujan endemik di tapak kepada lebih daripada 45 jenis.

En. Mohammad Nizar Idris, Pengerusi MCIS Life berkata, “Ini adalah sumbangan proaktif kami ke arah pemeliharaan dan perlindungan alam sekitar untuk mengurangkan kesan perubahan iklim, selepas pemantauan rapi terhadap kesan projek perintis selama tiga tahun.”

“Secara asasnya, kami menyumbang untuk masa hadapan kerana mengambil tindakan bersepadu dalam usaha menentangi kesan pemanasan global adalah tanggungjawab bersama, dan kami menerajui jalan ini untuk membendung kehilangan biodiversiti melalui penanaman pokok hutan hujan endemik yang terpilih kerana ia dapat membantu dalam pengimbangan karbon,” tambah beliau selepas merasmikan papan tanda MCIS Life Legacy Forest di Sireh Park.

Inisiatif penanaman pokok hutan hujan endemik MCIS Life adalah antara pelan tindakan insurans hayat ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, terutamanya SDG 13 yang memfokuskan Tindakan Memerangi Perubahan Iklim.

MCIS Life telah melibatkan pihak berkepentingan yang melingkungi para pekerja, rakan pengedaran, pelanggan, dan komuniti tempatan termasuk pelajar sekolah, dalam usahanya untuk meningkatkankan kesedaran terhadap ancaman pemanasan global dan perubahan iklim.

Semasa perasmian papan tanda MCIS Life Legacy Forest, Pengerusi MCIS Life, En. Mohammad Nizar
Idris berkata bahawa menentangi pemanasan global adalah tanggungjawab bersama, dan mereka
ingin menjadi peneraju dalam usaha membendung kehilangan biodiversity melalui penanaman pokok
hutan hujan endemik ini.

5,000 anak pokok baharu, yang kini sedang ditanam secara berperingkat akan selesai menjelang Ogos 2023. Ditambah dengan 1,280 pokok sedia ada di lokasi tersebut, dijangka kira-kira 567[1] tan karbon dapat diimbangkan secara kolektif menjelang tahun 2029 apabila pokok-pokok itu matang seiring dengan masa.

Inisiatif penanaman pokok terbaharu ini merupakan kerjasama strategik antara MCIS Life dan The Nusajaya Natural Heritage Trust (TNNHT), sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang memiliki dan mengendalikan Sireh Park, sebuah taman warisan semula jadi mampan bertaraf dunia yang memfokuskan pada pemuliharaan, pendokumentasian dan pempromosian biodiversiti tumbuhan yang wujud secara semula jadi di kawasan itu.

Menurut laporan tahunan MCIS Life bagi tempoh berakhir 31 Disember 2022, inisiatif perintis yang melibatkan 1,280 pokok telah menyumbang kepada anggaran 30.03 tan pengimbangan karbon untuk tempoh pelaporan, peningkatan daripada anggaran 17.6 tan yang dicatatkan setakat 31 Disember 2021.

“Lembaga Pengarah dan pengurusan MCIS Life bukan setakat melihat isu kemampanan sebagai sebahagian daripada faktor kejayaan dan rancangan pertumbuhan syarikat sahaja. Kami memahami kepentingan tindakan yang konsisten ke arah penambahbaikan persekitaran semula jadi, membina masa depan yang lebih baik dan membantu membentuk populasi yang lebih sihat,” tambah Mohammad Nizar.

Pelan tindakan kemampanan MCIS Life yang lain termasuk penumpuan aspek luas Kesihatan Yang Baik dan Kesejahteraan, Tenaga Bersih dan Berpatutan, dan Kehidupan Darat. – SM 

 

[1]567 tan pengimbangan karbon adalah data anggaran oleh Jabatan Kelestarian MCIS Life berdasarkan sejumlah 6,280 pokok hutan hujan endemik yang berusia antara 6 dan 9 tahun di MCIS Life Legacy Forest, menjelang 31 Disember 2029.

 

Artikel berkaitan > MCIS catat rekod sebagai penyedia premium insurans hayat terendah

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button