Jenayah

Mayat lelaki mati lemas terapung di Teluk Batik

MAYAT seorang lelaki dipercayai lemas ditemukan terapung berhampiran medan ikan bakar di Teluk Batik, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Nor Omar Sappi berkata, maklumat mengenai penemuan mayat itu diterima pada pukul 5.45 petang.

Hasil siasatan awal polis mendapati mangsa berusia 40 tahun, berasal dari Pulau Pangkor.

“Menurut waris, mangsa dikatakan sering meracau dan telah keluar rumah seorang diri dengan menaiki sampan sejak dua hari lepas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nor Omar berkata, mayat telah dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai Kematian Mengejut (SDR). – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button