PIHAK berkuasa Korea Selatan menemukan mayat Datuk Bandar Seoul yang dilaporkan hilang sejak Khamis lalu.
Mayat Park Won-Soon ditemukan berhampiran kawasan pergunungan Bugak di utara negara itu, lokasi terakhir isyarat telefonnya dikesan.
Bagaimanapun polis belum mengesahkan punca kematian Won Soon.
Kehilangan Won Soon dilaporkan anaknya selepas dia dilaporkan tidak muncul di pejabat dan membatalkan mesyuarat dengan pegawai Presiden.
Kehilangan Won Soon dikaitkan dengan satu laporan gangguan seksual yang difailkan seorang pekerja ke atasnya.
Sejumlah 600 pegawai polis dan anggota penyelamat terlibat dalam operasi mencari Won Soon. – SM