Nasional

Mayat bakal pengantin ditemukan di tepi pantai

BAKAL pengantin yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan semalam ditemukan ,mayatnya di tepi pantai Kampung Alur Tuman, Marang, Terengganu, pagi ini.

Mayat Naim Hariri Kamaruddin, 31, dilaporkan hilang selepas ditarik ombak ketika mandi di Pantai Kelulut pada jam 6.40 petang kelmarin ditemukan oleh pasukan penyelamat terdampar di tepi pantai pada jam 8.55 pagi.

Mayat itu ditemukan kira-kira tiga kilometer dari lokasi dilaporkan mangsa lemas.

Memetik laporan BH Online Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris, berkata pasukan penyelamat yang diketuainya sendiri sebelum itu melakukan rondaan di kawasan berkenaan sebelum menemui mayat seorang lelaki di atas pasir di pantai berkenaan.

Mangsa datang bersama ahli keluarga ke Marang untuk melangsungkan pernikahan bersama pasangannya, Fatin Nabilah Huda Ismail, 27, yang dijadualkan semalam.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button