Politik

ADUN Dengkil positif COVID-19

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Shan Abdullah disahkan positif COVID-19 petang semalam dan akan dibawa ke hospital untuk proses rawatan dan kuarantin hari ini.

Perkara itu disahkan beliau sendiri dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Adhif berkata beliau telah menjalani ujian saringan di hospital pada 25 Dis selepas mendapati pemandunya mengalami simptom demam sejak dua hari lepas.

“Pemandu bersama saya telah membuat ujian swab sebagai langkah berjaga-jaga pada 25 Dis sejurus selesai urusan kerja harian dan semalam (26 Dis) disahkan positif oleh pihak hospital,” katanya.

Adhif berkata beliau dan pemandunya ketika ini dalam keadaan stabil dan akan dibawa ke hospital hari ini (27 Dis) oleh Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menjalani kuarantin dan rawatan.

Beliau berkata KKM dan pihak berkuasa lain telah dimaklumkan dan semua kontak rapat telah dikesan dan disaring mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan.

Ekoran itu Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Dengkil akan ditutup selama 14 hari untuk operasi nyah cemar dan sebagai langkah berjaga-jaga.

“Seluruh staf PKM saya turut akan menjalani kuarantin kendiri di rumah masing-masing selepas menjalani saringan,” katanya.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai sebarang urusan boleh menghubungi pejabatnya melalui emel [email protected].

Pada masa sama, katanya orang ramai yang mempunyai sebarang soalan berkaitan jangkitan COVID-19 boleh hubungi Pejabat Kesihatan Daerah Sepang.

(Visited 156 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button