JenayahKemalangan

Maut dirempuh motosikal ketika cuba bantu mat rempit kemalangan

BARU-BARU ini telah kecoh berkenaan kemalangan yang telah berlaku di Georgetown, Pulau pinang melibatkan sekumpulan mat rempit yang berlumba di jalan raya sekitar pukul 4.40 pagi.

Walaupun polis sudah meronda di tempat kejadian namun tidak lama kemudian mereka kembali berkumpul dan jumlahnya semakin ramai. Namun apa yang lebih menyedihkan, kejadian tersebut telah meragut nyawa empat lelaki yang berada di situ.

Menurut sumber, pada awalnya salah seorang mat rempit itu mengalami kemalangan namun dia hanya mengalami luka-luka sahaja.

Secara tiba-tiba datang sekumpulan mat rempit lain berkerumun di tengah jalan dengan niat mahu membantu rakan mat rempit yang cedera.

Bagaimanapun, malang tidak berbau apabila mat-mat rempit ini dirempuh oleh sebuah kereta secara tiba-tiba.
Apa yang lebih mengejutkan, orang awam yang cuba membantu terkorban kerana turut dirempuh oleh sebuah motosikal lain.

Norhanazielah Hanazi, 28, isteri kepada Allahyarham Muhamad Eizreel Muhamad Roszaidi, 25, yang maut dalam kemalangan membabitkan motosikal menceritakan kejadian yang menimpa suaminya.

“Saya difahamkan ketika kejadian, dia (suami) berhenti di bahu jalan bagi membantu mangsa yang terlibat dalam kemalangan kecil sebelum dia dirempuh oleh penunggang motosikal lain,” jelasnya.

Isteri arwah juga agak tersinggung dengan kecaman yang dilemparkan oleh orang ramai tambahan pula dia sedang hamil anak yang ketiga.Jantina kandungannya ialah bayi lelaki dan kata beliau, arwah suaminya memang mengharapkan dia melahirkan seorang anak lelaki.

Sementara itu, salah seorang ibu mangsa, Masita Md Isa, 44, dua orang anaknya yang turut terlibat dalam kemalangan itu terkejut dan sedih dengan tragedi yang menimpa anak-anaknya.
Salah seorang anknya, Mohd Syazwan Hakim Mohd Abdul Sani, 22 tahun, meninggal dunia manakala kembarnya, Muhamad Syazwan Hafiz kini dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Pulau Pinang.

“Sebagai seorang ibu sudah pasti saya terkejut dan sedih dengan nasib yang menimpa kedua-dua anakn saya namun saya reda dengan apa yang telah berlaku,” katanya.

Empat penunggang motosikal maut manakala tiga lagi cedera parah selepas motosikal ditunggang mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan beberapa kenderaan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Pulau Pinang.
Jenazah keempat-empat mangsa telah selamat dikebumikan berdekatan kediaman keluarga masing-masing. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button