Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus menjadikan langkah kerajaan menyambung konsesi tol kepada PLUS sebagai bahan troll beliau.
Tindakan itu yang dilihat sebagai gagal menunaikan janji manifesto PH iaitu memansuhkan tol.
Najib dan Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Tony Pua telah berbalas hantaran sejak beberapa hari ini berhubung isu berkenaan.
Berikut hantaran Najib di Facebook miliknya.
Dia beri data ini kepada MalaysiaKini.
1) Pada tahun 1999, PM ke-4 lanjutkan tol PLUS 12 tahun dari tahun 2018 hingga ke tahun 2030. Dia benarkan kenaikan kadar tol sebanyak 26% setiap 3 hingga 5 tahun.
2) Pada tahun 2005, PM ke-5 lanjutkan tol 8 tahun lagi dari tahun 2030 hingga tahun 2038. Kadar kenaikkan tol diturunkan ke 10% setiap 3 tahun.
3) Pada tahun 2011, saya didakwa telah lanjutkan tol Lebuhraya Utara Selatan entah berapa tahun dari tahun 2038 ke tahun 2038.
Ya, dilanjutkan oleh saya pada tahun 2011 dari tahun 2038 hingga tahun 2038.
Kadar kenaikkan tol diturunkan lagi ke 5% setiap 3 tahun.
Oleh kerana pada tahun 2011, kita beli balik PLUS sepenuhnya dari tangan swasta supaya ianya dimiliki kerajaan dan KWSP, kita tak benarkan apa-apa kenaikan tol dan cuma bayar pampasan tahunan ke KWSP sahaja.
Sebab itu, tol semua lebuhraya PLUS tak naik selepas saya jadi PM.
Jika saya dan PM ke-6 tidak turukan kadar kenaikan tol, maka tol yang harganya RM10 akan menjadi RM20 selepas 9 tahun dan naik ke RM40 selepas 18 tahun dan segala pampasan akan dibayar kepada pihak swasta di bawah perjanjian PM ke-4.
Jika kenaikan tol 5% setiap 3 tahun yang dipersetujui oleh saya dilaksanakan, maka tol RM10 akan naik ke RM11.60 selepas 9 tahun dan menjadi RM13.60 selepas 18 tahun.
Itupun jika kenaikan tol dibenarkan tapi kerajaan BN masa saya PM cuma bayara pampasan tahunan ke KWSP je supaya tol tak naik dan tempoh konsesi tol tidak dilanjutkan lagi.
Malah,kita hapuskan tol secara satu persatu bila kerajaan BN masa itu ada lebihan dana untuk membayar ganti rugi kepada KWSP – bukan gandakan lagi baki tempoh tol 20 tahun dengan memberi diskaun 18% sahaja seperti apa yang PH buat.