Maszlee ‘The Rock’ Malik
LAIN macam rutin senaman Ahli Parlimen Simpang Rengam Dr. Maszlee Malik hari ini.
Pagi ini di Twitternya bekas menteri pendidikan itu berkongsi gambar beliau sedang melakukan aktiviti senaman untuk menguatkan otot.
Gambar yang dikongsi itu mendapat perhatian pengikut Twitternya apabila Maszlee turut melilitkan rantai besi keluli di lehernya ketika melakukan senaman.
“I tried” kata Maszlee pada kapsyen gambar tersebut bermaksud ‘saya mencuba’.
Beberapa orang pengikutnya kemudian turut berkongsi gambar beberapa personaliti yang turut melakukan rutin senaman tersebut.
Antara yang pernah melakukan cara senaman yang agak extreme itu termasuk bekas ahli sukan wrestling dan juga pelakon The Rock.
Pelakon tegap itu sememangnya menjadikan besi keluli yang beratnya berpuluh-puluh kilogram itu sebagai rutin untuk mempercepatkan pembinaan otot.
Sesuai dengan watak yang selalu dipegangnya sebagai wira apabila tampil di layar perak dengan tubuhnya yang perkasa.
“Maszlee ‘The Rock’ Malik kalau gini Dr.,” kata Hilal Asyraf sambil memberikan ikon ketawa gembira.
“Sikit lagi YB,” galak marin noon BI yang berkongsi gambar aksi The Rock melakukan rutin yang sama seperti yang Maszlee lalukan.
“Tak lama lagi boleh masuk wrestling,” gurau Jaiyen.
“Mantap YB,” tunfahmikecik memberi galakan kepada Maszlee untuk berusaha lebih keras.
Bagaimanapun ada juga kalangan pengikut Maszlee yang menasihatkan Ahli Parlimen Simpang Rengam itu untuk berhati-hati.
Mereka risau bekas Menteri Pendidikan itu mendapat kecederaan kerana menggunakan rantai besi keluli yang berat.
“Patoh tekok lamo kea, berhati-hati YB,” pesan Asmadi Salleh.
“Kang sakit tengkuk tu YB,” nasihat muzil858.-SM