Nasional

Bekalan air mula disalurkan ke enam kawasan di Klang, Shah Alam – Air Selangor

Bekalan air di enam kawasan di Klang dan Shah Alam iaitu Seksyen 18,19,20,23,24 dan 25 yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual sejak semalam, mula disalurkan kepada pengguna, kira-kira 7 pagi tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata bekalan àir mula disalurkan semula selepas kerja-kerja pembaikan paip pecah di Jalan Persiaran Jubli Perak Seksyen 24, Shah Alam, siap sepenuhnya.

“Seperti yang dimaklumkan, bekalan air di enam kawasan ini dijangka akan pulih sepenuhnya pada pukul 12.00 tengah hari nanti,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com, rujuk aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

— BERNAMA

(Visited 301 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button