Alam Sekitar

Masyarakat prihatin, elak buang sampah di laut

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalalullail menitahsarankan agar masyarakat sentiasa menjaga kebersihan laut serta tidak membuang sampah ke laut termasuklah di pesisiran pantai.

Pembuangan sampah yang tidak terkawal oleh masyarakat khususnya penduduk yang tinggal berdekatan dengan sungai dan laut serta pengunjung yang datang beriadah di pesisiran pantai akan menyebabkan punca terjadinya pencemaran laut. Pencemaran ini, merupakan suatu isu besar yang boleh mengancam ekosistem laut khususnya hidupan marin akan terjejas dan pupus. Tambahan pula, laut merupakan salah satu sumber pencarian rezeki kepada nelayan dan juga hasil-hasil laut di Perlis menjadi sumber makanan kepada penduduk tempatan dan juga luar Perlis.

Demikian titah baginda menurut hebahan media Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) selepas berkenan berangkat menyerahkan bantuan MAIPs berjumlah RM21,000 kepada amil kariah Masjid Nurul Iman, Kg. Kurong Batang dekat Kangar, Nasir Yahaya untuk diagihkan kepada 30 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah masjid berkenaan baru-baru ini.

Setiap penerima disumbangkan RM700 sempena aktiviti MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf (Khas Covid 19) Bilangan ke 34 bagi tahun 2021 ini.

Hadir sama mengiringi baginda iakah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Tambah Tuanku Raja Muda, sebagai masyarakat yang bermentaliti kelas pertama dalam tindakan, semua pihak perlu berganding bahu bersama-sama menjaga kebersihan laut dan persisiran pantai agar pencemaran ini dapat diatasi serta dapat menyelamatkan kehidupan marin sekaligus menjadikan laut dan pantai bersih dan mampu menjadi destinasi pelancongan yang menarik untuk dikunjungi.

Sementara itu, Pengarah SWCorp Negeri Perlis, Shamsuharizal Basir menerangkan bahawa, ‘Berdasarkan data, sisa plastik merupakan penyumbang terbesar kepada pencemaran di seluruh dunia. Kesan dari pembuangan sampah seperti plastik, botol air, straw, jala, pukat dan lain-lain barangan yang berasaskan plastik sememangnya meninggalkan kesan yang buruk dan penyebab banyak kehidupan laut musnah’.

‘Kebanyakan sampah-sampah ini, jika tidak dibersihkan akan terus berada di tempat tercemar itu tanpa mampu terurai hingga beratus atau beribu tahun lagi’, jelas beliau.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button