Master Tec pecah rekod pertumbuhan PBT suku kedua 71.55 peratus
ALOR GAJAH, 19 AUGUST 2024 – Master Tec Group Berhad (“Master Tec” atau “Kumpulan”), pemain utama dalam pembuatan dan pengagihan kabel kuasa, kawalan dan instrumentasi, merekodkan
Untung Sebelum Cukai (“PBT”) sebanyak RM8.8 juta, bagi suku kedua berakhir pada 30 Jun 2024 (“S2 TK2024”) menandakan PBT suku tahunan tertinggi sejak penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) pada Januari 2024.
Bagi sukundi bawah kajian itu Master Tec merekodkan hasil sebanyak RM72.9 juta.
Prestasi kukuh Master Tec pada suku kedua 2024 didorong terutamanya oleh permintaan berterusan untuk kabel kuasa voltan rendahnya, yang menyumbang RM69 juta, atau 94.73%, daripada jumlah hasil.
Didorong oleh hasil yang kukuh dan pertumbuhan PBT, Master Tec berbesar hati mengisytiharkan dividen satu peringkat sebanyak 0.390 sen sesaham biasa pada S2 TK2024.
Ketua Pegawai Eksekutif Master Tec Group Tee Kok berkata pihaknya sangat teruja kerana telah mencapai PBT suku tahunan tertinggi sejak IPO awal tahun ini.
“Pencapaian ini adalah gambaran yang jelas tentang dedikasi pasukan kami dan kepercayaan pelanggan kami terhadap produk kami. Ketika kami menerokai kabel voltan sederhana dan mengembangkan liputan pasaran kami melalui jualan eksport, kami yakin tumpuan berterusan kami pada inovasi dan pertumbuhan strategik akan memacu kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan,” katanya di sini hari ini.
Beliau menambah, tumpuan strategik Kumpulan untuk mengembangkan portfolio produk dan jangkauan pasarannya, terutamanya dalam pembuatan kabel kuasa voltan sederhana dan jualan eksport, telah meletakkannya untuk pertumbuhan yang mampan di hadapan.
Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2024 (“6M TK2024”), Master Tec mencatatkan hasil terkumpul kira-kira RM140 juta, mengukuhkan lagi statusnya sebagai pemain terkemuka dalam industri.
Keuntungan kasar Kumpulan bagi tempoh tersebut mencecah RM18.2 juta, dengan margin keuntungan kasar yang kukuh sebanyak 13.03%, dan PBT sebanyak RM13.9 juta, walaupun perbelanjaan penyenaraian sekali sahaja ditanggung pada awal tahun.